Konsert berkenaan yang dianjurkan oleh Orchestra yang menamakan kumpulan mereka The Jesselton Philharmonic Orchestra (JPO) selain diangotai oleh pemuzik profesional dari serata negeri ini, ahli-ahli mereka juga adalah dari kalangan pelajar sekolah rendah, menengah, maktab, universiti dan orang dewasa yang mempunyai kebolehan minima gred 3 di JPO.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun dijangka akan turut hadir untuk merasmikan acara konsert berkenaan disamping untuk mendengar musik klasikal yang menjadi musik pilihan beliau.
Masidi menyifatkan persembahan musik klasikal berkenaan merupakan satu kesempatan kepada peminat-peminat musik klasik di ibukota untuk meluangkan masa bersama keluarga untuk mendengar dan menghayati musik ini adalah sesuatu yang menarik kerana ianya agak berbeza dengan genre musik yang lain seperti Jazz, Rap, R&B yang mana lebih diminati oleh generasi muda hari ini.
Beliau berkata demikian di Majlis kunjungan hormat oleh Jesselton Philharmonic Orchestra (JPO) di pejabat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, dekat sini, hari ini.
Menurut Masidi, classical music appreciator masih agak kurang di negeri ini walau bagaimanapun kita amat berbangga kerana kita mempunyai ramai bakat besar dalam bidang musik ini dan saya percaya kita berada dalam landasan yang baik untuk melahirkan bakat bertaraf antarabangsa pada masa akan datang hasil anak didik tempatan.
Tambahnya, melalui musik klasikal pendengar akan dapat menghayati sejarah dan tamadun manusia kerana karektor music klasikal memerlukan pendengar untuk bukan sahaja mendengar tetapi penghayatan terhadap seni yang memerlukan pendengar untuk berfikir kerana setiap piece musik klasikal mempunyai sejarah bagaimana ianya ditulis.
Antara musik klasikal yang bakal dipersembahkan oleh JPO adalah bagi Konsert Band (Concert Band): Autumn Ridge, Cannon in D, Tao Hua Guo Du, Tico Tico, manakala bagi Orkestra Tali (String Orchestra): Raiders March, Lullaby or Birdland, Suite from ‘Oklahoma!’ & The Sound of Music’.
Di akhir persembahan, persembahan adalah berbentuk Orkestra Penuh (Full Orchestra) yang bakal menampilkan Coriolan Overture, My Neighbour Totoro, ‘Theme from The Butterfly Lovers Concerto’, Gunung Kinabalu, Jasmine Flower dan akhir sekali persembahan “Ode To Joy’ from Sympony No.9 yang dipopularkan oleh Beethoven.
“…Cuma apa yang masih kurang sekarang adalah kemudahan untuk membuat persembahan yang dapat menampung lebih kapasiti ramai pendengar musik dan kita memerlukan satu pusat persembahan kesenian (Centre of Art Performing).”, Kata Masidi.
Menurut Masidi, setakat ini kita masih belum mempunyai dewan khusus untuk membuat persembahan sama ada untuk persembahan berbentuk music mahupun teater kerana ianya memerlukan pentas dan dewan khas yang dilengkapi dengan peralatan khusus untuk membolehkan persembahan dapat dibuat dengan baik dan berkesan.
Jelasnya, dengan adanya pusat berkenaan (Centre of Art Performing), kita percaya lebih ramai bakat akan dapat dilahirkan dan saya amat yakin dengan kebolehan anak tempatan sebab itu kita mahu mereka diberikan peluang dan kemudahan sewajarnya.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi JPO, En Yap Ling berkata, sasaran orchestra mereka adalah untuk memberi sumbangan dari aspek musik klasikal untuk meningkatkan kualiti kemanusiaan melalui musik kalsikal kepada komuniti.
Setakat ini, JPO dianggotai ahli seramai 60 orang dari pelbagai latar budaya yang terdiri dari mereka yang berkebolehan untuk bermain alat musik berasaskan tali (strings), tiupan (winds), brass, percussion dan keyboard dan ada juga diantara ahli JPO juga adalah anggota kepada Malaysia Philharmonic Youth Orchestra (MYPO) di bawah kendalian dan pengawasan oleh ahli dan konduktor MPO.
Dalam jangka panjang kita mahu JPO diiktiraf bukan sahaja di negeri ini malahan juga di peringkat antarabangsa sebagai penggiat aktif dalam musik klasikal dan untuk memberikan pendidikan kemanusiaan melalui penghayatan musik klasikal.
Jesselton Philharmonic Orchestra_Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (tengah) bersama Pengerusi Jesselton Philharmonic Orchestra (tiga dari kiri) memegang poster promosi “Debut Concert Program” yang bakal diadakan di Ibunegeri pada 21 Oktober ini. Turut kelihatan adalah Puan Siti Bahiyah Damsal, Pengurus Besar Sri Pelancongan Sabah (dua dari kanan), Phoon Sook Peng, Choral Master (dua dari kiri), dan ahli-ahli komiti penganjur Dr Micheal Heng (kiri sekali) dan Yap Keng Vui (kanan sekali).
Disediakan Oleh:
Francis Au
Setiausaha Akhbar Kepada
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS)
1 comment:
Congratulation!! FINALLY....ya!! ^_^
Post a Comment