Wednesday, September 9, 2015

KOTA KINABALU STRING MUSIC FESTIVAL 2015, EDISI KETIGA 14hb sehingga 16hb September 2015.





Gambar yang diambil semasa the Kota Kinabalu String Festival 2014 (Edisi Kedua)

Jesselton Philharmonic Orchestra (JPO) dengan bangganya dan berbesar hati untuk mempersembahkan Kota Kinabalu String Music Festival (KKSMF) Edisi ke 3, yang akan diadakan selama 3 hari bermula daripada 14th hingga 16th September, 2015. KKSMF akan dianjurkan sempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Disebabkan dua program yang telah dianjurkan oleh JPO selama dua tahun berturut-turut telah diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan, pihak JPO bercadang untuk menganjurkan sekali lagi pesta KKSMF ini. Tujuan JPO menganjurkan program KKSMF ini adalah untuk mencapai misi bagi memperkenalkan dan menarik minat orang ramai di dalam perkembangan industri muzik Kota Kinabalu.

JPO  juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada semua penaja yang bermurah hati memberi bantuan dari segi kewangan termasuklah penderma tanpa nama dan juga Prelude Music Sdn Bhd dan Galeri Seni Sabah.


Tempat:
Festival ini akan berlansung di Sabah Art Gallery (SAG).  JPO sekali lagi berterima kasih kepada SAG kerana membenarkan dan menyediakan tempat untuk festival ini.


Agenda :
KKSMF akan mempamerkan bengkel alat tali (string) dan dua konsert pada hari kemuncak.


Objektif Festival:
1.Untuk mendekatkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan umur seperti kanak-kanak, dewasa, orang tua dan pelajar sekolah bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap permainan alat muzik mereka seperti permainan alat tali
2. Untuk menganjurkan program dan bengkel bermain alat muzik tali bagi memperbaiki tahap kemahiran yang bermula dari peringkat asas sehingga ke peringkat professional
3. Untuk memberi kesedaran kepada pelbagi lapisan masyarakat dan juga secara tidak langsung dapat menanam nilai minat dalam muzik tali pada diri mereka di mana mereka akan lebih menghargai keunikan alat muzik tersbut.
4. Untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang terdiri daripada pelbagai integrasi masyarakat berbilang kaum dengan menyediakan bengkel dan program pembelajaran untuk mereka


Peserta dan kumpulan yang akan turut serta dalam festival ini:
Peserta akan terdiri daripada anggota dan pelajar daripada Jesselton Philharmonic Orchestra, Sabah Tshung Tsin Secondary School String Ensemble, Kian Kok String Orchestra, JPO Training Orchestra, Jesselton String Program, Kota Marudu Skycommunity Strings Orchestra, Sabah Institute of Art, UMS and Eastern College.


Persembahan:
1. Konsert Festival 
Tarikh              : September 16, 2015
Tempat             : Galeri Seni Sabah
Masa                : 2.00 petang
Harga Tiket     : Percuma

Persembahan ekstravaganza adalah percuma bagi sesiapa yang menghadiri Festival Konsert tersebut. Persembahan ini akan menampilkan kesemua peserta yang akan menunjukkan apa yang mereka telah pelajari dan ikuti sepanjang di dalam program KKSFM tersebut

2. Konsert “Back to the Future’- Memaparkan ‘Yap Ling & Friends’.
Tarikh              : September 16, 2015
Tempat            : Sabah Art Gallery
Masa                : 7.30pm
Harga              : RM30 untuk orang awam
                        (Peserta festival adalah percuma) 

Konsert ini telah dirancang beberapa tahun yang lalu oleh sekumpulan pelajar yang ingin membuat persembahan bersama-sama dengan rakan pemuzik dan tenaga pengajar. Selama bertahun, kami telah merancang dan akhirnya kami berjaya mencari masa yang sesuai untuk melaksanakan program ini.

Objektif utama konsert ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan minat bersama-sama dengan orang ramai di samping dapat mendedahkan kepada semua tentang keseronokan bersama-sama dalam bermain music. Selain daripada itu, konsert ini juga adalah merupakan satu program amal yang bertujuan untuk mendapatkan kutipan amal (charity).

Tajuk “Back to the Future” digunakan kerana seluruh kumpulan terdiri daripada pengiring piano dan pelajar sekarang  dan lepas Mr. Yap Ling. Penghibur: Yap Ling (violin/ viola), Yap Qin (violin), Yap Yi (cello), Grace Lee (piano), Joshua Tang (violin), Teck Wan Teng (viola), Chong Eugene (Cello), Lisa Chia ( violin) , Lee Chan Ning (violin), James Lau (Harp), Hu Wei Ung (oboe).

Pembukaan konsert adalah Schumann Piano Quintet in Eb menampilkan keluarga Yap Ling dan Lee Chan Ning. “Yap Ling end friends” akan mengakhiri persembahan dengan Mendelssohn’s vibrant Octet in Eb.


Bengkel dan Kelas Induk:
            Selama 3 hari festival ini, peserta akan menghadiri bengkel secara percuma dimana mereka akan mendapat peluang mempelajari dan merasai cara pembelajaran di fakulti antarabangsa yang tekemuka.


Penutup:
            Kehadiran orang ramai amat dialu-alukan untuk menonton program tersbut. Bayaran untuk menyertai konsert “Back to the Future” kepada orang ramai adalah sebanyak RM30.

Peserta yang terlibat dalam program KKSFM adalah PERCUMA dan kedatangan pihak yang terlibat dalam program KKSFM amatlah digalakkan. Dijangkakan kehadiran peserta yang akan menyertai program ini adalah seramai 240 peserta.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada anda semua di atas kerjasama dan  sokongan serta galakkan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini. Diharapkan KKSFM Edisi Ketiga ini dapat meninggalkan memori indah yang tidak dapat dilupakan dan impak positif di dalam diri setiap peserta yang terlibat.

No comments: